Tapak bekas Sekolah Rendah Siglap berwajah baru; jadi hab kesihatan mental
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: CNA
SINGAPURA: Sebuah sekolah rendah lama di Singapura disuntik nafas baru untuk beroperasi sebagai hab kesihatan mental.
Kampung Siglap, yang terletak di tapak bekas Sekolah Rendah Siglap, menawarkan program-program kesejahteraan untuk golongan karyawan khidmat sosial serta keluarga yang rentan.
Di Pusat Latihan Kemahiran Hidup & Retreat Kampung Siglap yang dikendalikan oleh New Hope Community Service, karyawan khidmat sosial boleh mengikuti program-program sukan, seni dan kraf serta perbincangan mengenai kesejahteraan mental.
Retreat kesejahteraan diri itu dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS).
Sejak dilancarkan pada Ogos tahun lalu, Program Kesejahteraan untuk Karyawan Khidmat Sosial sudah menarik penyertaan hampir 20 pekerja setiap bulan.
Keluarga yang merupakan penerima bantuan agensi-agensi khidmat sosial juga boleh mengikuti bengkel serta kegiatan yang membantu mereka kembali berdikari.
INISIATIF SEPERTI KAMPUNG SIGLAP PENTING
Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata inisiatif-insiatif seperti itu adalah penting, terutamanya apabila Singapura mengalihkan tumpuannya kepada penjagaan pencegahan.
"Ia akan menawarkan pengajaran yang berharga bagi orang lain untuk mengikuti langkah mereka. Oleh itu, benihnya sudah ditaman, kerja sudah dilaksanakan, nilai yang dicapai, akan ditiru di tempat-tempat lain," ujar beliau.
Beliau menambah Kampung Siglap adalah antara contoh terbaik di mana sebuah bangunan lama dimanfaatkan untuk tujuan yang baik.
Encik Shanmugam hadir di acara pembukaan rasmi pusat tersebut bersama Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong pada Jumaat lalu (20 Jan).

Sumber : CNA/LL/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.