Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tangkuban Perahu di Bandung meletus

Sebuah gunung berapi meletus berdekatan kota Bandung hari ini (26 Jul), memuntahkan debu setinggi beberapa ratus meter ke udara. Amaran dikeluarkan menyusuli kejadian itu agar penduduk tempatan menjauhkan diri dari kawasan terjejas.

Anggaran Waktu Membaca:
Tangkuban Perahu di Bandung meletus

Gunung berapi berdekatan Bandung meletus. (Gambar: BNPB_Indonesia/Twitter)

Diterbitkan : 26 Jul 2019 09:53PM Dikemas Kini : 26 Jul 2019 09:57PM

JAKARTA: Sebuah gunung berapi meletus berdekatan kota Bandung hari ini (26 Jul), memuntahkan debu setinggi beberapa ratus meter ke udara. Amaran dikeluarkan menyusuli kejadian itu agar penduduk tempatan menjauhkan diri dari kawasan terjejas.

Media tempatan menyiarkan rakaman yang menunjukkan orang ramai berpindah dari Tangkuban Parahu dengan menaiki kenderaan. Jalan-jalan raya juga diselimuti debu.

Agensi Pengurangan Bencana di Indonesia menyatakan tempat pelancongan itu ditutup dan pihaknya sedang menilai status amaran gunung berapi tersebut.

 

Gunung berkenaan terletak sekitar 30 kilometer utara Bandung, ibu kota wilayah Jawa Barat.

Indonesia terletak dalam Lingkaran Gunung Berapi Pasifik yang mana terdapat banyak gunung berapi aktif, sehingga kadangkala mengancam keselamatan orang ramai dan mengganggu jadual penerbangan.

Ini khususnya di pulau yang didiami ramai penduduk seperti Jawa dan Bali.  

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan