Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tanah runtuh, trafik sesak halang usaha pindah dan bantu penduduk Jawa Barat

Anggaran Waktu Membaca:
CIANJUR: Trafik di jalan raya perkampungan yang sempit di Cianjur, Indonesia terhenti pada Rabu (23 Nov), sekali gus menghalang usaha untuk menyampaikan bantuan yang diperlukan kepada mangsa-mangsa gempa 5.6 skala Richter pada Isnin (21 Nov).

Ambulans, trak yang membawa barangan bantuan dan kenderaan kecemasan lain bersusah payah untuk ke kawasan terjejas.

Pemandu ambulans, Mulyana, memberitahu Mediacorp bahawa beliau mengambil masa dua jam untuk merentasi perjalanan sejauh 7.5 kilometer pada Rabu (23 Nov). "Saya tidak dapat bergerak pada hari selasa tetapi hari ini lebih teruk," kata pemandu 24 tahun itu.

"Mungkin ia lebih sesak disebabkan lebih banyak pasukan penyelamat dan sukarelawan yang dikerahkan ke Cianjur."

Kenderaan kecemasan didapati sering bersaing untuk mendapatkan ruang dengan trak besar yang membawa pasukan penyelamat dan tentera atau barangan logistik, serta kenderaan privet kepunyaan penduduk dan sukarelawan yang hendak ke kawasan terjejas.

Memburukkan lagi keadaan, kampung itu, yang terletak lima kilometer dari tempat kejadian, ditimbuni runtuhan rumah dan bangunan di kedua-dua belah jalan, menyempitkan lagi jalan si sana.

Trafik di persimpangan jalan lebih teruk.

"Saya memutuskan untuk mematikan siren saya. Apa gunanya? Walaupun kami ada hak laluan, terdapa tiga atau empat lagi ambulans yang tersekat disebabkan kenderaan yang datang dari arah bertentangan," kata satu lagi pemandu ambulans, Yani, kepada Mediacorp.

Anggota keselamatan Hino Apriliano, 44 tahun, memutuskan untuk menyewa motosikal. "Cara ini lebih praktikal," katanya.

Kesesakan itu membuat kehidupan lebih sukar buat mangsa gempa. "Kami memerlukan makanan, kami memerlukan pakaian, kami memerlukan khemah yang sesuai, kami memerlukan ubat. Tetapi bantuan tidak tiba dengan pantas," kata Syahroni, penduduk Gasol memberitahu Mediacorp.

Setakat petang Selasa, sekurang-kurangnya 250 mangsa diketahui kehilangan nyawa dan lebih 5,000 orang kehilangan tempat tinggal. Dengan sekurang-kurangnya 300 orang cedera dan lebih 100 orang dilaporkan hilang, angka tersebut mungkin meningkat sedang beberapa kawasan menjadi lebih mudah diakses.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan