Tanah runtuh Indonesia: 5 terkorban, 38 masih hilang
Lima orang mati dan 38 masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia.
SUKABUMI: Lima orang mati dan 38 masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia.
Empat orang lagi cedera dan lebih 60 penduduk dipindahkan dalam kejadian di daerah Sukabumi itu.
Bencana alam di kampung Sinarresmi ini terjadi pada 5.30 petang semalam (31 Dis) dan menjejas 107 orang daripada 32 keluarga. 30 buah rumah tertimbus tanah.
Agensi Menangani Bencana Indonesia menyatakan hujan lebat, permukaan jalan tidak rata serta curam dan bekalan elektrik terputus sudah menghambat gerakan mencari dan menyelamat.
Jentera-jentera berat sukar untuk dihantar ke tempat itu bagi membantu gerakan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.