Tanah runtuh Genting Highlands: Syarikat diberi lesen kebun organik bukan lesen aktiviti perkhemahan
Anggaran Waktu Membaca:
Para pekerja pencari dan penyelamat bertugas di tapak tanah runtuh berhampiran gerbang utama Father's Farm. (Gambar: CNA/Fadza Ishak)
HULU SELANGOR: Syarikat yang mengendalikan tiga tapak perkhemahan yang mengalami kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, tidak mempunyai lesen untuk beroperasi, lapor Astro Awani.
Menurut Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, syarikat tersebut hanya diberikan lesen pembangunan kebun organik dan bukan lesen untuk melakukan aktiviti perkhemahan.
"Tiada lesen diberikan oleh Majlis Bandaraya Hulu Selangor dan ini adalah satu kesalahan di bawah Akta 113 dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan penjara tiga tahun dan denda RM50,000.
"Syarikat itu hanya ada kebenaran merancang bangunkan kebun organik dan tiada permohonan dibuat untuk aktiviti perkhemahan," katanya kepada para wartawan di lokasi kejadian pada Jumaat (16 Dis).

Astro Awani menukil Encik Nga sebagai berkata, beliau sudahpun mengeluarkan arahan penutupan tapak perkhemahan selama tujuh hari di seluruh negara.
"Arahan dikeluarkan pagi tadi kepada 155 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menutup seluruh tapak perkhemahan selama tujuh hari berkuat kuasa serta-merta.
"Saya tidak mahu lagi melihat kejadian ini berlaku jadi tapak perkhemahan di air terjun, lereng bukit dan kawasan berisiko akan dikosongkan sehingga Kerajaan memberikan arahan baru," ujarnya menurut laporan Astro Awani.
Dalam pada itu, Encik Nga memaklumkan bahawa Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim amat prihatin tentang kejadian tersebut dan akan melawat lokasi berkenaan selepas jam 8.00 malam.

Sumber : Agensi berita/zm
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.