Tanah runtuh Genting Highlands: Operasi mencari 9 lagi mangsa diteruskan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
BATANG KALI: Memasuki hari keempat, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya diteruskan pada Isnin (19 Dis).
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan memberi fokus kepada Sektor A (Hillview) dan Sektor C (Riverside) serta kawasan sekitar yang belum digali.
Enam anjing unit pengesan (K9) turut mula dibawa masuk ke kawasan pencarian pada pukul 8.30 pagi tadi, dalam keadaan cuaca mendung pada pagi Isnin.
Pada Ahad (18 Dis) operasi berkenaan ditangguhkan pada kira-kira pukul 9.30 malam berikutan keadaan cuaca buruk.
Setakat ini, 24 mangsa disahkan meninggal dunia dan 61 terselamat daripada keseluruhan 94 mangsa.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.