Skip to main content

Dunia

Tanah runtuh Genting Highlands: Mayat mangsa terakhir ditemui

Anggaran Waktu Membaca:
Tanah runtuh Genting Highlands: Mayat mangsa terakhir ditemui

(Gambar: Astro AWANI)

Diterbitkan : 24 Dec 2022 06:05PM

HULU SELANGOR: Mayat mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali ditemui sebentar tadi (24 Dis). 

Mayat ke-31 itu yang dipercayai adalah kanak-kanak lelaki dibawa keluar sekitar pukul 5.00 petang dari kawasan kejadian, lapor Astro AWANI. 

Ia sekali gus menjadikan jumlah mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan seramai 31 orang.

Awal dari itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kesembilan bersambung sekitar pukul 8.00 pagi tadi.

Operasi SAR pada Sabtu difokuskan di Sektor A (Hillview), dengan keanggotaan 80 di zon merah.

Dalam tragedi pada awal pagi Jumaat lalu (16 Dis), seramai 92 individu terlibat dengan 31 mangsa terkorban.

Sementara itu, 61 lagi dilaporkan terselamat.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita