Tanah runtuh Genting Highlands: Mayat mangsa terakhir dikenal pasti
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Identiti mayat mangsa terakhir dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali yang ditemukan pada Sabtu (24 Dis) sudah dikenal pasti.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan pada Ahad (25 Dis), korban ke-31 tragedi tanah runtuh itu dikenali sebagai Eng Shao Qi, merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.
NADMA dalam kenyataan itu turut memaklumkan kesemua proses bedah siasat untuk kesemua mayat sudah selesai dijalankan, dikenal pasti dan sudahpun diserahkan kepada waris oleh Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.
“Proses mengenal pasti mayat mangsa dijalankan dengan menggunakan kombinasi empat kaedah iaitu pengecaman DNA, cap jari, gigi dan pengecaman pihak waris pada barangan peribadi serta tanda unik pada badan mangsa,” menurutnya.
Pada Sabtu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh berakhir selepas mayat terakhir ditemukan oleh pasukan SAR dalam beg tidur kira-kira empat meter dari tapak perkhemahan di Sektor A.
Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada pukul 2.42 pagi, 16 Disember lalu itu menyaksikan 31 nyawa terkorban dan 61 selamat daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan dalam kejadian itu.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.