Tanah runtuh Genting Highlands: Mayat lelaki dewasa ditemui; angka korban kini 26
Anggaran Waktu Membaca:
BATANG KALI: Satu lagi mayat mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm ditemui pada Rabu (21 Dis), menjadikan jumlah kematian akibat tragedi itu kini seramai 26 orang.
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam kenyataan di laman Facebook yang memetik sumber Pusat Pengurusan Operasi JBPM menyatakan satu mayat lelaki dewasa ditemui pada pukul 11.16 pagi di sektor B (kem Farmview).
Kenderaan yang membawa mayat itu dilihat keluar dari lokasi pencarian pada kira-kira pukul 11.57 pagi.
Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah mangsa yang masih hilang seramai tujuh orang, manakala 61 selamat, daripada keseluruhan 94 mangsa insiden itu yang berlaku pada 2.42 pagi, Jumaat lalu (16 Dis).
JBPM pada Rabu memaklumkan pasukan mencari dan penyelamat akan membuat penggalian lebih dalam bagi mencari mangsa di kawasan kejadian selepas mengambil kira penemuan mangsa ke-25 pada Selasa (20 Dis) yang dijumpai pada kedalaman ‘luar jangkaan’ iaitu kira-kira 17 meter di sektor C (Riverside).

Dalam sidang media di lokasi kejadian, Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Hafisham Mohd Noor berkata mangsa ditemui pada kedalaman kira-kira satu setengah meter dalam keadaan berpelukan bersama seekor anjing di sektor berkenaan.
Pasukan penyelamat turut menemui seekor lagi anjing berhampiran kawasan itu.
“Kemungkinan besar dia (mangsa) berkhemah di sektor A (Hillview), dibawa oleh tanah runtuh itu pergi ke sektor B (Farmview).
“Maknanya kawasan Sektor B ini saya percaya semua mangsa sudah tiada di situ, jadi kita akan tumpu kepada sektor C dan A, “ katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata mayat telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.
"Dua ekor anjing (bangkai) yang ditemui bersama mayat berkenaan diserahkan kepada Jabatan Veterinar untuk tindakan lanjut," katanya.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.