Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tanah runtuh Genting Highlands: Empat lagi mayat ditemui, angka korban kini 30

Anggaran Waktu Membaca:
Tanah runtuh Genting Highlands: Empat lagi mayat ditemui, angka korban kini 30

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 22 Dec 2022 12:59PM Dikemas Kini : 22 Dec 2022 01:46PM
BATANG KALI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya dekat Batang Kali yang memasuki hari ketujuh pada Khamis (22 Dis), menemukan empat lagi mayat pagi Khamis.

Penemuan terbaru setakat 11.50 pagi itu menjadikan jumlah korban tragedi kini seramai 30 orang.

Penemuan empat mayat berkenaan yang masih belum didedahkan jantina serta umur itu disahkan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah kepada agensi berita Bernama.

Sebelum ini, operasi pencarian bersambung semula pada kira-kira 8.00 pagi Khamis, selepas ditangguhkan pada pukul 10.00 malam semalam (21 Dis).
Setakat ini, tiga mangsa masih hilang manakala 61 terselamat daripada keseluruhan 94 mangsa yang dilaporkan terlibat.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, daripada keseluruhan mangsa terlibat, 29 adalah kanak-kanak dan 65 dewasa.
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan