Tanah runtuh Genting Highlands: Anjing pengesan K9 direhatkan setelah rebah akibat keletihan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Arif Kartono/AFP)
BATANG KALI: Ketika ramai berkongsi di media sosial gambar memaparkan anggota pasukan penyelamat kepenatan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Batang Kali, tidak ramai yang tahu terdapat wira lain turut mengalami keadaan sama.
Pendamping pasukan SAR, iaitu anjing unit pengesan (K9), turut bertungkus lumus dalam operasi mengesan dan menyelamatkan mangsa insiden tanah runtuh sejak Jumaat (16 Dis).
Bermuka bengis, bersifat garang dan mempunyai deria bau yang tajam, kehadiran wira ini bagi membantu pasukan penyelamat di medan pencarian dalam apa jua keadaan - berlumpur tebal, lecak atau hujan.
Malangnya dalam operasi kritikal tanah runtuh itu, seekor anjing K9 daripada baka English springer spaniel yang diberi nama ‘Blake’ mengalami kepenatan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata anjing itu ‘kecundang’ setelah dua hari berturut-turut bekerja bertungkus lumus dan kini direhatkan.
“Selepas dua hari bekerja lebih daripada masa yang ditetapkan, anjing pengesan itu kemungkinan perlukan rehat tetapi bukan cedera.
“Sebab itu, pada peringkat ini kita akan gerakkan secara bergilir-gilir bermula dengan tiga ekor dahulu, kemudian kita akan masukkan bakinya,” katanya dalam satu sidang media pada Ahad (18 Dis).
Encik Norazam berkata, setakat ini terdapat 11 ekor anjing pengesan diletakkan dalam keadaan siap siaga di lokasi kejadian untuk membantu operasi dengan enam daripadanya milik JBPM, empat (Polis Diraja Malaysia) dan seekor (Angkatan Tentera Malaysia).
“Kita mungkin akan minta penambahan sekiranya perlu,” kata beliau.
Setakat petang Sabtu (17 Dis), 24 mangsa disahkan terkorban, manakala 61 orang selamat dan sembilan masih hilang daripada keseluruhan 94 orang yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, di Jalan Genting-Batang Kali itu.
SAR bagi sembilan lagi mangsa yang belum ditemukan diteruskan pada Ahad, bermula pada pukul 9.00 pagi selepas ditamatkan pada Sabtu pukul 9.00 malam.

Sumber : Bernama/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.