Skip to main content

Dunia

Tanah runtuh Genting Highlands: 51 dewasa, 30 kanak-kanak berdaftar di tapak perkhemahan

Anggaran Waktu Membaca:
Tanah runtuh Genting Highlands: 51 dewasa, 30 kanak-kanak berdaftar di tapak perkhemahan

(Gambar: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM))

Diterbitkan : 16 Dec 2022 03:19PM Dikemas Kini : 16 Dec 2022 08:26PM

KUALA LUMPUR: Seramai 51 dewasa dan 30 kanak-kanak mendaftar untuk bermalam di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm di Batang Kali, yang dilanda tanah runtuh awal pagi Jumaat (16 Dis), menurut individu bertanggungjawab di tapak perkhemahan itu yang hanya ingin dikenali sebagai Chang. 

"Jumlah itu terdiri daripada mereka yang telah mendaftar di tapak perkhemahan," kata Cik Chang apabila dihubungi Bernama. 

Namun, Cik Chang berkata, beliau tidak pasti sama ada terdapat kanak-kanak berusia bawah  empat tahun di tapak perkhemahan tersebut kerana mereka tidak perlu mendaftar. Hanya kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun perlu mendaftar. 

Cik Chang berkata, mereka yang berkhemah, kebanyakannya mempunyai pertalian keluarga dan tidak melibatkan kumpulan pelajar sekolah atau universiti. 

Laporan awal media menyebut sekitar 100 orang berada di tapak perkhemahan itu yang dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh  berketinggian 30 meter berhampiran ladang organik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata secara keseluruhan sekitar 94 mangsa terjejas.

Sekurang-kurangnya 16 orang disahkan meninggal dunia setakat pukul 1.00 tengah hari, manakala tujuh masih hilang. 

Operasi mencari dan menyelamat mangsa masih dijalankan di tempat kejadian. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita