Tanah runtuh Genting Highlands: 21 terkorban; 14 dikhuatiri hilang
Anggaran Waktu Membaca:
Kerja-kerja menyelamat dijalankan di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di bandar Batang Kali, Selangor. (Gambar: Twitter/@kpkt_gov)
HULU SELANGOR: Sekurang-kurangnya 21 mangsa termasuk empat kanak-kanak terkorban menyusuli kejadian tanah runtuh berhampiran Genting Highlands di Malaysia setakat sehingga 5.30 petang pada Jumaat (16 Dis).
Operasi mencari dan menyelamat bagi para mangsa yang dipercayai hilang sedang dijalankan di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di bandar Batang Kali di negeri Selangor.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah, seramai 14 lagi mangsa dikhuatiri masih tertimbus manakala 61 lagi diselamatkan dan hanya dua mangsa cedera serta telah dibawa ke hospital.
Tiga warga Singapura merupakan antara mangsa yang diselamatkan oleh pihak berkuasa Malaysia dan Suruhanjaya Singapura di Kuala Lumpur sedang menghubungi mereka.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, akan diteruskan selama 24 jam.

Bagaimanapun, kata Encik Norazam, operasi berkenaan akan bergantung situasi dan keadaan semasa.
"Sekiranya hujan turun, operasi akan dihentikan serta-merta namun setakat ini ia masih diteruskan dan anggota juga bersilih ganti sehinggalah baki 14 mangsa ditemui.
"Kita telah bersedia untuk meneruskan operasi pada waktu malam dan segala aset dan bentuk pencahayaan juga telah disediakan," katanya ketika ditemui para wartawan di lokasi kejadian, pada Jumaat.
Mengulas mengenai cabaran dihadapi anggota penyelamat, Encik Norazam berkata, kedudukan mangsa yang tertimbus sehingga tiga atau empat kaki dan tanah runtuh telah menolak mangsa 50 hingga 100 meter.

Sumber : Agensi berita//Bernama/ZM/zm
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.