Skip to main content

Dunia

Tanah runtuh Genting Highland: Dua lagi mayat ditemui, angka korban meningkat kepada 23

Anggaran Waktu Membaca:
Tanah runtuh Genting Highland: Dua lagi mayat ditemui, angka korban meningkat kepada 23

Para pekerja pencari dan penyelamat bertugas di tapak tanah runtuh berhampiran gerbang utama Father's Farm. (Gambar: CNA/Fadza Ishak)

Diterbitkan : 17 Dec 2022 03:19PM Dikemas Kini : 17 Dec 2022 03:27PM

KUALA LUMPUR: Angka korban tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Batang Kali meningkat kepada 23 mangsa.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor,  Norazam Khamis dalam satu kenyataan, ia menyusuli penemuan dua lagi mayat di lokasi kejadian setakat jam 1 tengah hari Sabtu (17 Dis).

Sementara itu, enam daripada 23 mangsa yang meninggal dunia dalam insiden itu telah dikenal pasti melalui proses pengecaman oleh waris atau melalui ujian cap jari.

Dalam satu kenyataan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan, proses bedah siasat dan pengecaman mayat yang lain masih dijalankan.

Lima dari enam mangsa yang dikenal pasti adalah wanita, manakala seorang lagi merupakan kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun.

Daripada lapan mangsa yang menerima rawatan di hospital, tiga telah dibenarkan pulang manakala lima lagi sedang menerima rawatan di hospital.

Tiga mangsa yang dibenarkan pulang itu menerima rawatan di Hospital Kual Kubu Bharu, Selangor, manakala empat mangsa masih dirawat di Hospital Selayang dan seorang lagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh di Batang Kali masih diteruskan biarpun cuaca kurang baik.

Sumber : AGENCIES/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita