Skip to main content

Dunia

Tanah runtuh di Korea Selatan ragut satu nyawa, hujan lebat landa wilayah selatan

Anggaran Waktu Membaca:
Tanah runtuh di Korea Selatan ragut satu nyawa, hujan lebat landa wilayah selatan

Lumpur dan pokok tumbang akibat tanah runtuh menutupi kenderaan di sebuah kompleks apartmen di Geoje, Korea Selatan, pada 17 Ogos 2026. (Gambar: Reuters/Yonhap)

Diterbitkan : 17 Aug 2026 11:33AM
  • Tanah runtuh akibat hujan lebat melanda sebuah apartmen di Geoje, Gyeongsang Selatan, Korea Selatan pada 17 Ogos, menyebabkan seorang maut dan tiga cedera.
  • Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan tiga penduduk, namun seorang meninggal dunia di hospital selepas kejadian.
  • Hujan lebat sejak 15 Ogos menyebabkan sungai melimpah, jalan dinaiki air dan menjejaskan lalu lintas serta kehidupan penduduk setempat.
  • Kementerian Keselamatan Korea Selatan memindahkan sekitar 100 penduduk dan menjalankan operasi menyelamat bagi 20 orang yang terkandas akibat risiko tanah runtuh susulan.
Dijana oleh AI
SEOUL: Seorang maut dan tiga lagi cedera selepas tanah runtuh melanda sebuah bangunan apartmen di Korea Selatan pada Isnin (17 Ogos), sedang hujan lebat melanda wilayah selatan negara itu.

Tanah runtuh tersebut melanda sebuah bangunan apartmen di Geoje, wilayah Gyeongsang Selatan, sehingga menimbus tingkat pertama bangunan itu, menurut laporan Agensi Berita Yonhap.

Pasukan penyelamat mengeluarkan tiga penduduk dari bangunan tersebut, namun seorang daripada mereka kemudian disahkan meninggal dunia di hospital.

Agensi cuaca Korea Selatan mengeluarkan amaran hujan lebat bagi beberapa kawasan di wilayah selatan.

Sesetengah kawasan mencatatkan hujan sehingga 800 milimeter, disertai guruh dan kilat, sejak Sabtu (15 Ogos).

SUNGAI MELIMPAH, JALAN DITENGGELAMI AIR

Hujan lebat di Geoje, sebuah bandar pesisir berhampiran Busan, menyebabkan sungai melimpah dan beberapa jalan dinaiki air, sekali gus menjejas lalu lintas serta menyebabkan penduduk terkandas.

Sekitar 100 penduduk di Geoje sedang dipindahkan berikutan risiko berlaku lagi tanah runtuh, menurut Kementerian Keselamatan Korea Selatan pada Isnin (17 Ogos).

Pihak berkuasa turut menjalankan usaha menyelamatkan 20 penduduk yang terkandas di kawasan tersebut.
Sumber : Reuters/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita