Tanah mendap: Pihak berkuasa Malaysia tutup jalan di KL demi keselamatan awam
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Fadza Ishak/CNA
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia pada Rabu (28 Ogos) menutup Jalan Masjid India, di bahagian laluan di mana kejadian tanah jerlus berlaku beberapa hari lalu, menyebabkan seorang pelancong wanita India berusia 48 tahun terjatuh ke lubang sedalam lapan meter dan masih belum ditemui.
Pejalan kaki dan lalu lintas tidak dibenarkan di bahagian jalan raya sepanjang 400 meter, tetapi laluan pejalan kaki tetap dibuka.
Perniagaan di sana terus beroperasi tetapi orang ramai secara amnya menjauhi kawasan itu.

Arahan penutupan itu dikeluarkan selepas satu lagi kejadian tanah mendap berlaku pada awal pagi Rabu berikutan hujan lebat. Lubang terbaharu terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian tanah jerlus, lapor media Malaysia.
Kawasan dekat lubang terbaru itu telah dikepung oleh majlis bandaraya Kuala Lumpur. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Kawasan dekat lubang terbaru itu telah dikepung oleh majlis bandaraya Kuala Lumpur. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Lubang mendapan itu terletak di depan balai polis masyarakat Masjid India, di tempat yang sama di mana satu kejadian tanah jerlus berlaku bulan lepas. Menurut pekerja yang bercakap dengan Mediacorp, jalan itu telah dibaiki dan dibuka semula kepada lalu lintas pada 29 Jul.
OPERASI CARI MANGSA TANAGH JERLUS MASUK HARI KEENAM
Sementara itu, usaha mencari mangsa yang hilang, dikenali sebagai Cik Vijayaletchumy, memasuki hari keenam, dengan pekerja penyelamat melakukan lebih banyak operasi 'flushing' atau pembilasan di sekitar lurang kumbahan dan pencarian di loji rawatan Pantai Dalam sejauh 7 kilometer di mana pembetung itu berakhir.

Pelancong itu hilang selepas terjatuh ke dalam lubang di hadapan Malayan Mansion ketika berjalan ke kuil berhampiran.
Beliau dilaporkan sedang bercuti selama dua bulan di Malaysia bersama keluarganya dan dijangka pulang ke India tidak lama lagi.
Beliau dilaporkan sedang bercuti selama dua bulan di Malaysia bersama keluarganya dan dijangka pulang ke India tidak lama lagi.
Secara berasingan, satu lagi kejadian tanah mendap berlaku pada Selasa di kawasan luar bandar Kuala Lumpur di Kampung Kerinchi, di sepanjang Jalan Pantai Permai, akibat longkang runtuh.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
Sumber : CNA/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.