Tanah jerlus KL: Kerajaan Malaysia akan lakukan audit integriti di Jalan Masjid India susuli mendapan kedua
Anggaran Waktu Membaca:

Operasi mencari mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India disambung pada pagi 24 Ogos 2024. (Petikan gambar: BERNAMA/X)
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan melaksanakan audit integriti terhadap keseluruhan sistem utiliti di Jalan Masjid India di Kuala Lumpur, selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden jerlus mendap di kawasan itu selesai.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Fadillah Yusof berkata, pemeriksaan tersebut dilaksanakan bagi memastikan keselamatan orang ramai serta untuk mengetahui punca berlakunya kejadian mendapan di kawasan berkenaan.
Beliau berkata audit integriti tersebut akan melibatkan antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Indah Water Konsortium, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Mineral dan Geosains.
"Kita akan melihat apa sahaja utiliti dan keseluruhan sistem yang ada di bawah tanah ini dengan membuat ‘post mortem’ dan bagaimana untuk memastikan kejadian yang sama tidak berulang pada masa depan...sebab kadang-kadang ada pembangunan baharu yang dilaksanakan, jadi kita nak cari punca (kejadian mendapan tanah).
"Kita akan melihat punca dan akan menambah baik sistem (utiliti) ini," katanya pada sidang media selepas meninjau lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di Kuala Lumpur pada Rabu (28 Ogos).
Encik Fadillah berkata Jalan Masjid India ditutup sementara pada kenderaan hingga operasi SAR selesai.

Mengenai negara luar yang menawarkan kepakaran mereka untuk membantu operasi tersebut yang kini memasuki hari keenam, Encik Fadillah berkata tiada keperluan untuk itu pada ketika ini memandangkan pasukan SAR negara mempunyai kepakaran, peralatan dan teknologi terkini.
Pada masa sama, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu termasuk kewujudan mendapan kedua kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.
"Saya mengharapkan semua pihak jangan buat spekulasi seperti sebelum ini ramai 'pakar google' akan keluar...ini tidak akan membantu, biarlah pihak terlibat membuat siasatan. Setakat ini tempat tersebut (Jalan Masjid India) selamat," katanya.
Pada Jumaat (23 Ogos) lepas, seorang wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48 tahun, terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus semasa melalui Jalan Masjid India untuk ke kuil berhampiran.
Operasi SAR diaktifkan pada hari sama melibatkan anggota daripada pelbagai pasukan keselamatan dan pihak berkuasa tempatan yang menggunakan bermacam teknik termasuk penggunaan anjing pengesan.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.