Skip to main content

Dunia

Tanah jerlus besar terbentuk di luar hospital Bangkok

Satu tanah jerlus besar terbentuk di hadapan sebuah hospital di Bangkok pada pagi Rabu (24 Sep), mencetuskan penduduk dipindahkan dan jalan-jalan raya ditutup.

Anggaran Waktu Membaca:
Tanah jerlus besar terbentuk di luar hospital Bangkok

Kejadian tanah jerlus berlaku di luar Hospital Vajira di daerah Dusit, ibu kota Thailand. (Gambar: Facebook/Bangkok Community Help Foundation)

BANGKOK: Satu tanah jerlus besar terbentuk di hadapan sebuah hospital di Bangkok pada pagi Rabu (24 Sep), mencetuskan penduduk dipindahkan dan jalan-jalan raya ditutup.

Tanah jerlus itu terbentuk pada kira-kira pukul 7.15 pagi di luar Hospital Vajira di daerah Dusit, ibu kota Thailand.

Gambar dan video yang tular di media sosial menunjukkan tanah jerlus itu menjejas keseluruhan lorong jalan raya, dengan sebuah lori putih tersadai di tepi cerun yang curam.

Gabenor Bangkok Chadchart Sittipunt memberitahu media Thailand bahawa tanah jerlus itu berpunca daripada kebocoran dalam terowong di sebuah tapak pembinaan stesen MRT yang baharu.

Menurut pihak berkuasa, tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Para pesakit dan penduduk di kawasan berkenaan sudah pun dipindahkan, lapor akhbar The Nation.

Akhbar itu menambah bahawa lalu lintas sudah ditutup dari persimpangan Vajira ke persimpangan Sanghi dan kawasan sekitarnya.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita