Tambak Johor semakin sesak, ramai pulang beraya
Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Tambak Johor mengalami kesesakan teruk sejak awal pagi Sabtu (29 Mac) apabila ribuan warga Singapura mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman atau bercuti sempena perayaan Aidilfitri.
Keadaan lalu lintas di Tambak Johor menjadi perlahan sejak petang Jumaat (28 Mac), dengan aliran kenderaan bertambah padat pada tengah hari Sabtu, lapor KOSMO! Online.
Sementara itu, pihak berkuasa menggesa para pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan dengan baik dan menimbangkan luar waktu sibuk bagi mengelakkan kelengahan.
Di pihak Singapura, Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) telahpun memberi amaran lebih awal bahawa tempoh cuti panjang ini dijangka menyebabkan peningkatan mendadak pada jumlah pelawat yang keluar dari negara itu, menurut KOSMO! Online.
Selain warga Singapura yang menuju ke Malaysia, ribuan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura turut berpusu-pusu pulang untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga masing-masing.
Pihak berkuasa menasihati para pengguna jalan raya supaya menggunakan aplikasi pemantauan trafik secara langsung bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan di Tambak Johor serta merancang perjalanan dengan lebih bijak, lapor KOSMO! Online.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.