Skip to main content

Dunia

Taman tema air di Pulau Pinang dibenar beroperasi semula

Anggaran Waktu Membaca:
Taman tema air di Pulau Pinang dibenar beroperasi semula

Taman Tema Air Bertam Resort & Water Park di Kepala Batas. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 07 Jan 2023 04:47PM
KEPALA BATAS: Taman tema air Bertam Souk and Water Park di Kepala Batas, Pulau Pinang yang ditutup sementara pada 28 Disember lalu sudah beroperasi semula selepas mendapat lesen daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
MBSP dalam kenyataannya pada Sabtu (7 Jan) memaklumkan, pihak berkuasa tempatan (PBT) meluluskan permohonan lesen kepada pemilik taman tema air berkenaan pada Jumaat (6 Jan).

Menurut kenyataan tersebut, kelulusan yang diberikan adalah pada tarikh sama premis itu mendapat kelulusan Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) bagi taman tema air terbabit.

"Pihak MBSP berharap dengan pembukaan semula taman tema ini, ia dapat memberi manfaat kepada pengunjung dan menjadi tarikan pelancongan yang baru di kawasan Seberang Perai," kata MBSP dalam kenyataan itu lagi, lapor agensi berita Astro Awani.

Pada 28 Disember lalu, taman tema air itu diarah tutup sementara oleh MBSP kerana beroperasi tanpa kebenaran dan tidak mematuhi peruntukan enakmen hiburan di bawah Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1998.

Taman tema yang bernilai RM90 juta (S$27 juta) itu mula beroperasi 15 Disember lalu selepas tertangguh sejak sekian lama akibat beberapa masalah termasuk pandemik COVID-19.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita