Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taman Perusahaan Kendal catat kemajuan; kerjasama S'pura-Indonesia akan diperluas

Anggaran Waktu Membaca:

JAWA TENGAH: Taman Perusahaan Kendal di Jawa Tengah yang diusahakan Indonesia bersama Singapura menyaksikan kemajuan yang menggalakkan dan model tersebut boleh diluaskan ke bahagian lain di Indonesia.

Menteri Kewangan Lawrence Wong yang melawat taman perusahaan tersebut pada Khamis (19 Mei) berkata selagi ada peluang-peluang komersil bagi perniagaan bekerjasama, ia tidak harus dihadkan kepada Kendal saja.

Lawatan Menteri Kewangan Lawrence Wong ke Taman Perusahaan Kendal merupakan sebahagian lawatan kerja di Indonesia.

Encik Wong diberi taklimat tentang kemajuan taman tersebut, lima tahun selepas ia dibangunkan.

Taman ini menarik 74 penyewa dari pelbagai perusahaan dengan pelaburan berjumlah AS$1.7 bilion (S$2.3 trilion). 

Pembuat perabot, PT Kendal Eco Furindo adalah salah satu daripada tiga syarikat di taman tersebut.

Encik Wong turut melawat Politeknik Kendal yang melatih para pelajar dan menjadi sumber para pekerja berkemahiran dalam perusahaan perabot.

Politeknik Kendal ini juga bekerjasama dengan Khidmat Pendidikan ITE Singapura dalam program latihan untuk guru-guru Indonesia.

Salah seorang pelajar politeknik tersebut adalah Muhammad Khabibatul 19 tahun, yang menanti-nantikan peluang pekerjaan selepas tamat pengajiannya.

Pelaburan di Taman Perusahaan Kendal dijangka mewujudkan lebih 12,000 pekerjaan baru bagi masyarakat tempatan di Jawa Tengah. 

Projek-projek bersama seperti ini mungkin diluaskan ke bahagian lain di Indonesia.

"Indonesia sedang berkembang. Terdapat juga banyak kawasan di Indonesia yang terus makmur. Banyak peluang di mana-mana dan tentu kita boleh jangkakan sekitaran yang baik di peringkat pemerintah. 

"Kita menawarkan sekitaran kondusif untuk memudahkan lebih banyak kerjasama sedemikian," ujar seorang pelajar Politeknik Kendal, Muhamad Khabibatul Rohman. 

Encik Wong menambah, ada skop bagi Singapura dan Indonesia bekerjasama dalam pembangunan pelabuhan kontena antarabangsa bagi menyokong kegiatan pengeluaran di Kendal dan Jawa Tengah.

Pihak berkuasa Kendal menyatakan pelabuhan tersebut adalah sebahagian projek strategik Indonesia.

Ini merupakan lawatan pertama Encik Wong ke Indonesia sebagai Menteri Kewangan.

Encik Wong tiba di Jakarta Selasa lalu (17 Mei) sebelum bertemu dengan beberapa orang menteri Indonesia.

Ini termasuk Menteri Penyelaras Maritim dan Ehwal Pelaburan Indonesia Luhut Pandjaitan, Menteri Penyelaras Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto.

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan