Skip to main content

Dunia

Taman Negara Indonesia perkenal gelang tangan penjejak untuk keselamatan pendaki

Anggaran Waktu Membaca:
Taman Negara Indonesia perkenal gelang tangan penjejak untuk keselamatan pendaki

Pendaki di Taman Negara Bromo Tengger Semeru di Indonesia diwajibkan memakai gelang tangan penjejak bagi tujuan keselamatan. (Gambar: @bbtnbromotenggersem/Instagram)

Diterbitkan : 08 Jul 2025 09:07AM Dikemas Kini : 08 Jul 2025 09:08AM
JAKARTA: Pendaki di Taman Negara Bromo Tengger Semeru di Indonesia diwajibkan memakai gelang tangan penjejak bagi tujuan keselamatan, lapor Xinhua.

Gelang yang dikenali sebagai peranti pengecaman frekuensi radio (RFID), mengandungi cip mini dan antena yang menghantar isyarat kepada menara penerima yang ditempatkan di beberapa lokasi sepanjang laluan pendakian, kata Pegawai Perhubungan Awam taman itu, Endrip Wahyutama, yang berpangkalan di Malang, Wilayah Jawa Timur, pada Isnin (7 Jul).

Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, antara gunung berapi aktif di Indonesia.

Menurut jurucakap itu, penggunaan gelang tangan ini bermula Jun lalu.

“Dengan gelang ini, kami dapat menjejak lokasi pendaki. Aktiviti pendakian di kawasan Semeru masih melibatkan risiko seperti sesat, jatuh, atau bahkan hilang tanpa dikesan,” kata Encik Wahyutama.

Inisiatif ini diperkenalkan menyusuli kejadian baru-baru ini melibatkan pendaki warga Brazil, Juliana Marins, yang maut selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 600 meter di Gunung Rinjani, Wilayah Nusa Tenggara Barat pada 21 Jun.

Indonesia mempunyai 127 gunung berapi aktif, termasuk Gunung Semeru.
Sumber : Agensi berita/IM/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita