Skip to main content

Dunia

Taman haiwan Indonesia biak baka biawak Komodo agar tidak pupus

Sebuah taman haiwan di Indonesia sedang melakukan pembiakan baka biawak Komodo sebagai usaha menyelamatkan cicak terbesar dunia itu daripada pupus, dengan perubahan iklim mendatangkan ancaman baru terhadap reptilia tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Taman haiwan Indonesia biak baka biawak Komodo agar tidak pupus

Gambar fail: AFP

Diterbitkan : 04 Nov 2021 11:11PM Dikemas Kini : 04 Nov 2021 11:13PM

SURABAYA: Sebuah taman haiwan di Indonesia sedang melakukan pembiakan baka biawak Komodo sebagai usaha menyelamatkan cicak terbesar dunia itu daripada pupus, dengan perubahan iklim mendatangkan ancaman baru terhadap reptilia tersebut.

Cicak besar itu hanya boleh dijumpai di pulau terpencil Komodo dan beberapa pulau kejiranan di bahagian timur Indonesia.

Pada September, Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Semula Jadi menyenaraikan haiwan itu dalam Senarai Spesis Terancam, sambil merujuk kepada ancaman semakin meningkat angkara kesan perubahan iklim.

Suhu global dan paras air laut yang semakin meningkat dijangka mengurangkan habitat sesuai bagi biawak Komodo sekurang-kurangnya 30 peratus dalam tempoh 45 tahun mendatang, menurut amaran kesatuan itu.

Para pegawai taman haiwan itu berharap usaha mereka untuk menyelamatkan biawak tersebut akan menarik perhatian para pemimpin dunia yang sedang berhimpun di Glasgow untuk mengambil langkah menangani perubahan iklim.

Sejak melancarkan program itu, taman haiwan tersebut sudahpun menambah populasi biawak Komodo kepada 108 biawak dewasa dan 35 biawak lebih muda dengan 40 telur sedang dieramkan.

Penjaga taman haiwan, Rukin, berkata suhu dan hawa harus tepat bagi pengawanan optimum.

Ia diharap bahawa biawak-biawak yang dibiaki tu boleh dikembalikan ke dalam sekitaran liar, kata beliau.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita