Taman haiwan di Ohio terkejut gorila disangka jantan lahirkan anak
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Zoo Columbus/Twitter
WASHINGTON: Kakitangan sebuah taman haiwan di Ohio menerima berita mengejutkan apabila seekor gorila yang mereka percaya jantan telah melahirkan anak gorila betina, lapor portal berita Perbadanan Penyiaran British (BBC) pada Jumaat (21 Jul).
Taman Haiwan Columbus menyatakan gorila disangka jantan tersebut bernama Sully dan ia menjadi penghuni tamain haiwan itu sejak 2019. Sully ditemui bersama anaknya kelmarin.
Pihak taman haiwan tersebut menyatakan Sully sentiasa sihat sehinggakan mereka tidak perlu memeriksa keadaan kesihatannya, menyebabkan mereka keliru tentang jantina gorila itu.
Mereka juga tidak berasa curiga sehingga melihat gorila tersebut yang berusia lapan tahun menyusu anaknya.
Pada kebiasaannya, gorila tidak mempunyai organ seks yang menonjol dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan bunting kerana perut haiwan tersebut besar, manakala saiz bayinya jauh lebih kecil berbanding bayi manusia.
Pihak taman haiwan tersebut akan melakukan ujian DNA bagi menentukan induk jantan anaknya.
Sully tinggal dalam kumpulan gorila yang dipimpin oleh Mac berusia 39 tahun, termasuk dua ekor gorila jantan muda.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.