Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taman Burung Melaka dibuka semula pada Mac 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Taman Burung Melaka dibuka semula pada Mac 2024

Gambar: Taman Burung Melaka/Facebook

MELAKA: Taman Burung Melaka di Ayer Keroh yang ditutup sejak 2019, dijangka dibuka semula kepada pengunjung selewat-lewatnya pada Mac depan.

Yang DiPertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Sapiah Haron berkata kerja-kerja mengubah suai dan menaik taraf taman burung berkenaan sedang dijalankan oleh kontraktor baharu yang dilantik bagi menguruskan operasi taman burung itu.

Beliau berkata Taman Burung Melaka akan menjadi satu daripada tempat tumpuan pelancong khususnya pada Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).

"Lebih 200 spesies melibatkan ribuan ekor burung akan ditempatkan dalam Taman Burung Melaka dan banyak elemen baharu sedang dibuat seperti sangkar burung, air terjun, kawasan makan dan jambatan.

"Konsep yang diketengahkan dalam taman burung berkenaan adalah sama seperti sebelum ini iaitu burung dilepaskan dalam kawasan tersebut dan pengunjung boleh melihat secara dekat dan memegang serta memberi makan," katanya kepada para wartawan pada Sabtu (19 Ogos).
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan