Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taliban tawar pekerjaan bayar gaji dengan gandum

Pemerintah Taliban Afghanistan melancarkan program untuk mengatasi kelaparan dengan menawarkan ribuan pekerja dibayar gandum sebagai pertukaran bagi kerja yang dilakukan.

Anggaran Waktu Membaca:
Taliban tawar pekerjaan bayar gaji dengan gandum

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 24 Oct 2021 11:22PM Dikemas Kini : 24 Oct 2021 11:24PM

KABUL: Pemerintah Taliban Afghanistan melancarkan program untuk mengatasi kelaparan dengan menawarkan ribuan pekerja dibayar gandum sebagai pertukaran bagi kerja yang dilakukan.

Skim itu akan dilancarkan di bandar utama Afghanistan, dan di Kabul sahaja dijangka dapat menggajikan kira-kira 40,000 lelaki, kata jurucakap Taliban pada sidang media hari ini (24 Okt).

"Ini adalah langkah penting untuk memerangi masalah pengangguran,"kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid.

"Namun pekerja perlulah bekerja keras," tambahnya.

Afghanistan, yang kini dilanda kemiskinan, kemarau, gangguan bekalan elektrik dan kegagalan sistem ekonomi, berdepan pula dengan musim salji yang diramalkan buruk.

Di bawah skim 'makanan untuk kerja', Taliban tidak akan membayar pekerja, menyasarkan mereka yang kini menganggur dan paling berisiko kebuluran ketika musim sejuk.

Program dua bulan itu akan menyaksikan 11,600 tan gandum diagihkan di ibu kota, selain kira-kira 55,000 tan lagi diagih di tempat lain di negara itu termasuk Herat, Jalalabad, Kandahar, Mazar-i-Sharif dan Pol-i-Khomri.

Pekerjaan yang ditawarkan di Kabul termasuk menggali terusan air dan kawasan tadahan untuk salji di bukit bagi menangani musim kemarau.

Mujahid dan pegawai kanan lain termasuk Menteri Pertanian, Abdul Rahman Rashid serta Datuk Bandar Kabul, Hamdullah Nomani, melancarkan program itu dengan memotong reben merah jambu serta menggali parit kecil di kawasan luar bandar Rish Khor di ibu kota, Kabul.

Sumber : AFP/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan