Skip to main content

Dunia

Taliban larang wanita masuki Taman Band-e-Amir

Anggaran Waktu Membaca:
Taliban larang wanita masuki Taman Band-e-Amir

Gambar: Nava Jamshidi/Getty Images

Diterbitkan : 28 Aug 2023 07:11PM
KABUL: Kaum wanita di Afghanistan tidak akan lagi dibenarkan menjejakkan kaki ke Taman Band-e-Amir yang popular di negara itu.

Taman negara Afghanistan itu terletak sekitar 200 kilometer ke barat laut ibu kota Kabul dan terkenal dengan tasiknya yang biru seperti nilam.

Kementerian yang melindungi martabat dan kesucian wanita di negara itu menyatakan keputusan itu dibuat kerana kaum wanita yang mengunjungi taman tersebut tidak memakai tudung dan tidak menutup aurat secukupnya.

Kementerian itu dipimpin sepenuhnya oleh kaum lelaki.

Menurut seorang menteri Afghanistan, beliau telah menyaksikan sendiri pelanggaran itu berlaku.

Beliau menambah bahawa "keluar bersiar-siar bukan sesuatu yang wajib buat wanita."

Ini merupakan satu lagi sekatan terhadap kebebasan dan hak wanita di bawah pemerintahan Taliban.

Wanita dan gadis-gadis telah dikenakan sekatan-sekatan yang ketat sejak Taliban kembali berkuasa pada Ogos 2021.
Sumber : AGENCIES/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita