Skip to main content

Dunia

Taliban larang wanita makan di restoran, elak pergaulan bebas antara lelaki dan wanita

Anggaran Waktu Membaca:

KABUL: Taliban mengambil langkah melarang wanita dan keluarga daripada makan di restoran yang mempunyai taman atau ruang terbuka hijau, sekatan terbaru yang ditetapkan sejak mereka mengambil alih kuasa pada Ogos 2021.

Buat masa ini, larangan tersebut hanya melibatkan restoran-restoran di wilayah Herat di bahagian barat laut negara itu, lapor media tempatan.

Pihak berkuasa menyatakan, sekatan itu dibuat menyusuli keluhan dari anggota masyarakat dan ulama mengenai pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita di tempat-tempat seperti itu.

Pemerintah Taliban sebelum ini telah melarang anak perempuan masuk sekolah dan menuntut di universiti. Mereka juga dilarang pergi ke tempat awam seperti taman dan gimnasium.

Mereka juga digugurkan daripada semua pekerjaan pemerintah, kecuali pekerjaan-pekerjaan khidmat penting.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam sekatan-sekatan sedemikian terhadap kaum wanita Afganistan.

Dalam laporan bulan lalu, badan dunia itu menyatakan, sekatan-sekatan tersebut boleh dianggap jenayah terhadap kemanusiaan.


Pesalah wanita juga ditangkap kerana tidak memakai tudung, atau tidak memakainya dengan betul.

Sumber : Agensi berita/LL/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita