Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taliban keluarkan dekri larang paksa wanita berkahwin

Pemerintah sementara pimpinan Taliban di Afghanistan pada Jumaat (3 Dis) mengumumkan bahawa memaksa wanita untuk berkahwin adalah dilarang, satu perkembangan penting yang bertujuan memperkasakan golongan itu, lapor Agensi Anadolu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Taliban keluarkan dekri larang paksa wanita berkahwin

(Gambar fail: AFP/Hector Retamal)

Diterbitkan : 04 Dec 2021 03:37PM Dikemas Kini : 04 Dec 2021 03:46PM

ISTANBUL: Pemerintah sementara pimpinan Taliban di Afghanistan pada Jumaat (3 Dis) mengumumkan bahawa memaksa wanita untuk berkahwin adalah dilarang, satu perkembangan penting yang bertujuan memperkasakan golongan itu, lapor Agensi Anadolu. 

“Persetujuan wanita dewasa diperlukan semasa nikah/perkahwinan.Tiada siapa boleh memaksa wanita untuk berkahwin," kata komander tertinggi Taliban, Hibatullah Akhunzada dalam satu dekri khas.

Dekri itu antara lain menyatakan seorang wanita bukan harta, “tetapi manusia mulia dan merdeka; tiada siapa boleh menjadikan wanita sebagai pertukaran untuk perjanjian damai atau untuk menamatkan permusuhan.”

Beliau berkata seorang balu juga mempunyai "hak mewarisi sebahagian harta suami, anak, bapa dan saudara-maranya."

"Tiada sesiapa boleh merampas hak seorang balu," menurut dekri itu.

Katanya, mereka yang mempunyai ramai isteri perlu memberikan hak kepada semua isteri mengikut undang-undang syariah dan berlaku adil."

Pekara itu diumumkan ketika krisis kemanusiaan semakin meruncing yang diburukkan lagi dengan tindakan Amerika Syarikat menyekat berbilion-bilion rizab Afghanistan.

Akhunzada turut meminta Kementerian Haji dan Hal Ehwal Agama untuk "menggalakkan cendekiawan" untuk menyuntik "kesedaran kepada rakyat mengenai hak wanita" dan mahu Kementerian Penerangan dan Kebudayaan "menerbitkan artikel berkaitan hak wanita melalui saluran yang ada.”

Bagaimanapun, Taliban berdepan tekanan dari negara-negara barat berhubung pendidikan kanak-kanak perempuan.

Akhunzada juga meminta Mahkamah Agung mengeluarkan arahan kepada mahkamah untuk "mempertimbangkan permohonan hak wanita."

Sumber : Bernama/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan