Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taliban berkas lelaki jual 130 wanita di Afghanistan

Taliban menangkap seorang lelaki yang didakwa memperdagangkan berpuluh-puluh wanita di utara Afghanistan selepas dia memperdaya mereka akan dikahwinkan dengan orang kaya, kata pegawai pada Selasa (16 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Taliban berkas lelaki jual 130 wanita di Afghanistan

Gambar fail: AFP

Diterbitkan : 17 Nov 2021 07:41AM Dikemas Kini : 17 Nov 2021 07:45AM

KUNDUZ: Taliban menangkap seorang lelaki yang didakwa memperdagangkan berpuluh-puluh wanita di utara Afghanistan selepas dia memperdaya mereka akan dikahwinkan dengan orang kaya, kata pegawai pada Selasa (16 Nov).

Lelaki itu diberkas di Jawzjan wilayah utara negara itu lewat kelmarin, kata Ketua Polis Wilayah Taliban, Damullah Seraj kepada wartawan.

"Kami masih di peringkat awal siasatan. Kami berharap memperoleh maklumat lanjut mengenai kes ini nanti," katanya.

Ketua Polis Daerah Jawzjan, Mohammad Sardar Mubariz memberitahu AFP, lelaki itu menyasarkan wanita miskin yang terdesak untuk memperbaiki taraf hidup.

Selepas memberitahu mangsa dia akan mencarikan mereka calon suami yang kaya, tertuduh kemudiannya akan membawa wanita itu ke wilayah lain di mana mereka dijual sebagai hamba.

Dia didakwa memperdagangkan sekitar 130 wanita melalui taktik tersebut.

Jenayah, nepotisme dan rasuah bukan perkara asing di Afghanistan, bagaimanapunkadar kemiskinan yang meningkat menjejaskan pentadbiran Taliban.

Sejak kembali berkuasa tiga bulan lalu, Taliban berusaha membendung beberapa jenayah seperti rompakan dan penculikan di bandar-bandar besar.

Pada Selasa, Kementerian Dalam Negeri Taliban menyatakan 60 orang termasuk kakitangan jabatan pasport ditangkap kerana memalsukan dokumen untuk mendapatkan pasport.

Kementerian itu turut memaklumkan, pejabat pasport di Kabul ditutup sementara untuk urusan penyenggaraan. 

Sumber : AFP/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan