Taktik baru penipuan cinta gunakan agama Islam
Sindiket penipuan cinta atau 'love scam' kini dikesan menggunakan Islam untuk mempengaruhi para mangsa di Kuala Terengganu sekaligus mengaut keuntungan mudah, kata Ketua Polis Terengganu Aidi Ismail.
Gambar fail.
KUALA TERENGGANU: Sindiket penipuan cinta atau 'love scam' kini dikesan menggunakan Islam untuk mempengaruhi para mangsa di Kuala Terengganu sekaligus mengaut keuntungan mudah, kata Ketua Polis Terengganu Aidi Ismail.
Beliau berkata taktik terbaru sindiket yang sebelum ini menggunakan cara 'bermain cinta' itu dikesan apabila polis menerima beberapa aduan daripada mangsa yang mendakwa memindahkan sejumlah wang untuk membantu anggota sindiket itu mendalami agama Islam.
"Anggota sindiket akan memujuk rayu sehingga mangsa memasukkan sejumlah wang sehingga beratus ribu ringgit walaupun hanya kenal di talian," katanya kepada para wartawan hari ini (3 Feb).
Encik Aidi berkata sebanyak 53 kes penipuan membabitkan kes penipuan cinta dilaporkan di negeri itu pada tahun lalu, dengan nilai kerugian sebanyak RM12 juta (S$3.95 juta).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.