Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

"Tak payah pergi overseas nak tengok paus... M'sia pun ada rupanya," luah netizen ini

Anggaran Waktu Membaca:
"Tak payah pergi overseas nak tengok paus... M'sia pun ada rupanya," luah netizen ini

(Gambar: Tangkapan skrin video @madylangkawi/TikTok)

LANGKAWI: Tiga ekor ikan paus yang sedang makan ditemui sekumpulan individu yang menaiki bot di perairan antara Pulau Payar dan Segantang di Langkawi pada Sabtu (25 Jun), lapor Harian Metro. 

Video sepanjang satu minit dan 16 saat yang memaparkan penemuan mamalia laut itu di muat naik pengguna TikTok menggunakan akaun @madylangkawi sebelum tular.

Selain menerusi aplikasi TikTok, video itu kemudian dikongsi pengguna internet dalam pelbagai media sosial lain termasuk Facebook dan Twitter, menurut Harian Metro. 

Sehingga 7.30 malam pada Ahad (26 Jun), video yang dimuat naik Mady ke TikTok itu ditonton lebih 257,000 kali dan mendapat 20,700 tanda suka.

Suara latar dalam video itu menyebut, "Alhamdulillah jumpa lagi hari ni, kerja kajian paus Langkawi."

Tinjauan di ruangan komen mendapati, Mady membalas pertanyaan netizen sambil memberitahu ikan paus yang dipaparkan dalam video itu sedang makan.

Beberapa pengguna Tiktok lain turut meluahkan rasa kagum dan teruja dengan penemuan ikan paus terbabit.

"Rezeki boss.. indahnya ciptaanNya," kata A'mmar Kibo.

"Wow...susah jumpa ni di perairan Malaysia," kata Syahmee Asmaa'.

"Wahhh.. Tak payah pergi overseas nak tengok paus... Dalam Malaysia pun ada rupanya.. Rezeki," kata Suriana Azri, seperti dipetik Harian Metro. 

Sementara itu, Pegawai Perikanan Daerah Langkawi, Azahar Ahmad, ketika dihubungi mengakui ikan paus sering ditemui di perairan pulau Langkawi. 

"Memang ikan paus ini lalu di perairan Langkawi tapi ia bermusim," katanya.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan