Taj Mahal buka semula pintunya kepada pengunjung
Selepas enam bulan ditutup mercu tanda terkenal India, Taj Mahal dibuka semula kepada para pengunjung hari ini (21 Sep).
INDIA: Selepas enam bulan ditutup mercu tanda terkenal India, Taj Mahal dibuka semula kepada para pengunjung hari ini (21 Sep).
Namun jumlah pengunjung dihadkan kepada 5,000 orang setiap hari berbanding purata 20,000 sebelum pandemik COVID-19 melanda.
Tiket-tiket masuknya juga dijual secara online.
Pada hari ini kurang 300 tiket sudah dibeli.
Para pengunjung perlu menjalani pemeriksaan suhu badan dan mematuhi peraturan jarak selamat.
Jumlah harian kes baru COVID-19 di India adalah yang tertinggi di dunia.
Hari ini (21 Sep) India melaporkan hampir 87,000 kes baru dan tanda-tanda menunjukkan ia belum mencapai kemuncaknya.
India menduduki tangga kedua dengan 5.49 juta jangkitan di belakang Amerika Syarikat sebanyak 6.79 juta.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.