Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taj Mahal alami kerosakan akibat ribut petir

Insiden ribut petir yang berlaku di beberapa bahagian utara India turut menjejas beberapa bahagian dalam kompleks Taj Mahal, mengakibatkannya mengalami kerosakan, termasuk pintu utama dan pagar yang mengelilingi lima kubahnya, menurut para pegawai hari ini (31 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Taj Mahal alami kerosakan akibat ribut petir

Taj Mahal alami kerosakan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 31 May 2020 11:28PM Dikemas Kini : 31 May 2020 11:31PM

AGRA: Insiden ribut petir yang berlaku di beberapa bahagian utara India turut menjejas beberapa bahagian dalam kompleks Taj Mahal, mengakibatkannya mengalami kerosakan, termasuk pintu utama dan pagar yang mengelilingi lima kubahnya, menurut para pegawai hari ini (31 Mei).

Taj Mahal yang merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia dan menjadi tarikan pelancong nombor satu di India ditutup sejak pertengahan Mac lalu bagi mencegah penularan COVID-19.

Gambar-gambar AFP menunjukkan para pekerja sedang memeriksa pagar di bahagian makam utama selepas ribut petir pada Jumaat malam melanda bandar Agra di negeri di utara, Uttar Pradesh.

"Salah satu pagar diperbuat daripada batu pasir yang merupakan bahagian daripada struktur asalnya rosak," kata Penyelia Ahli Arkeologi dari Kaji Selidik Arkeologi India, Encik Vasant Kumar Swarnkar, kepada AFP.

"Salah satu pagar marmar yang merupakan struktur tambahan dan siling di kawasan berkumpul pelancong dan batu asas di pintu utama juga didapati rosak," katanya.

Beliau bagaimanapun menambah bahawa tiada kerosakan pada struktur utama monumen yang dikenali sebagai lambang cinta itu - ia dibina oleh Maharaja Mughal, Shah Jahan sebagai pusara untuk isteri tercintanya, Mumtaz Mahal yang meninggal dunia ketika bersalin pada tahun 1631.

Media tempatan melaporkan bahawa ribut petir dan kilat pada Jumaat itu mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang di dua daerah di Uttar Pradesh.

Bencana alam itu sering berlaku pada musim tengkujuh sekitar bulan Jun hingga Oktober.

Tahun lalu, sekurang-kurangnya 150 orang terbunuh akibat ribut petir yang berlaku pada Ogos dan September di negeri di pusat India iaitu Madhya Pradesh.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan