Taiwan yakin sukar untuk China ceroboh wilayahnya
Taiwan menyatakan China akan menghadapi kesukaran untuk melakukan pencerobohan besar-besaran ke atas pulau itu kerana beberapa faktor.
Gambar tanpa tarikh dikeluarkan Kementerian Pertahanan Taiwan menunjukkan pesawat PLA J-16 China di lokasi yang tidak didedahkan (Gambar: Kementerian Pertahanan Taiwan via AP)
TAIPEI: Taiwan menyatakan China akan menghadapi kesukaran untuk melakukan pencerobohan besar-besaran ke atas pulau itu kerana beberapa faktor.
Kementerian Pertahanan Taiwan mengeluarkan laporan terbaru penilaiannya mengenai ancaman dari China.
Menurut laporan itu, China tidak akan dapat mengerahkan semua askarnya untuk mendarat secara serentak di Taiwan kerana ia kekurangan pengangkutan.
China juga, menurutnya, akan sukar untuk membekalkan keperluan lain bagi askar-askarnya seperti senjata, makanan dan perubatan.
Di samping itu, semua pelabuhan dan lapangan terbang Taiwan, yang mungkin menjadi sasaran serangan utama China, mempunyai sistem perlindungan amat baik.
Faktor geografi juga boleh menghambat pencerobohan China ke atas Taiwan.
Kemaraan tentera China dan bekalan untuk mereka boleh dipintas di Selat Taiwan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.