Taiwan usir pengawal pantai China ceroboh kawasan larangan di perairan wilayahnya
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AP
TAIPEI: Taiwan pada Sabtu (16 Mac) mengusir empat bot pengawal pantai China yang memasuki kawasan larangan di perairan wilayah itu buat hari kedua berturut-turut.
Ini sedang ketegangan semakin meruncing di Selat Taiwan itu.
Menurut pengawal pantai Taiwan, kejadian berlaku di perairan pulau Kinmen yang dikawalnya.
Bot-bot berkenaan berada di perairan tersebut selama lebih sejam selepas diberi amaran, sebelum ia beredar.
China mendakwa Taiwan adalah sebahagian daripada negaranya meskipun ia menerima tentangan kuat daripada wilayah tersebut. China malah, telahpun memperhebatkan kegiatan ketenteraan berhampiran dengan Taiwan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan melakukan pencerobohan ke dalam zon pengenalpastian pertahanan udara hampir setiap hari.
Dalam satu kenyataan, Taipei menggesa China agar berhenti melakukan tindakan sedemikian kerana ia menjejas laluan perkapalan dan keselamatan di sekitar kawasan berkenaan.
Pengawal pantai China bagaimanapun tidak segera mengulas berhubung kejadian demikian, yang juga tidak menyediakan butiran untuk menghubungi pihaknya kepada umum.
Pengawal pantai China mengendalikan rondaan berdekatan Kepulauan Kinmen pada Jumaat, dengan empat bot pengawal pantai China turut diberi amaran oleh pengawal pantai Taiwan, menurut Agensi Berita Pusat.

Sumber : AGENCIES/KH/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.