Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taiwan tutup landasan lapangan terbang Taoyuan susuli ancaman bom dalam pesawat Air China

Anggaran Waktu Membaca:
TAIPEI: Pihak berkuasa Taiwan menutup sebuah landasan di lapangan terbang utama bandar itu selama beberapa jam setelah ia dikejutkan dengan satu ancaman bom dalam pesawat Air China pada Rabu (26 Apr).

Siasatan yang dijalankan bagaimanapun tidak menemui sebarang tanda bahan letupan.

Menurut laporan Bloomberg, Biro Polis Penerbangan Taiwan menerima aduan pada 11.30 pagi waktu tempatan yang mendakwa terdapat bahan letupan dalam pesawat 185 Air China yang ketika itu sedang melakukan penerbangan dari Beijing.

Pesawat berkenaan diletakkan di sebuah ruang menunggu terpencil sedang polis mengerahkan dua kenderaan X-ray untuk menyiasat ancaman tersebut.

Kesemua 118 penumpang dan anak kapal pesawat dari China itu berjaya dibawa keluar sekitar sejam selepas ia mendarat, menurut Bloomberg.

Menurut laman web lapangan terbang tersebut, penerbangan lain tidak terjejas memandangkan pesawat-pesawat berlepas dan mendarat di landasan yang berasingan.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan