Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taiwan tidak akan laksana perintah berkurung seperti Shangai, kata PM Su Tseng-chang

Anggaran Waktu Membaca:

TAIWAN: Taiwan tidak akan melaksanakan perintah berkurung seperti Shanghai untuk membendung kenaikan kes domestik COVID-19 kerana kebanyakan mereka yang dijangkiti tidak bergejala atau hanya menunjukkan gejala ringan.

Demikian menurut Perdana Menteri Taiwan Su Tseng-chang hari ini (23 Apr). Beliau juga memberi jaminan bahawa Taiwan akan mula membuka semula sempadan.

Taiwan bergelut dengan kenaikan jumlah kes tempatan sejak awal tahun ini namun jumlah keseluruhan kekal rendah - iaitu 18,436 sejak 1 Januari dalam kalangan penduduk hampir 23 juta orang. Hanya empat kematian dilaporkan.

Disokong oleh kadar tinggi vaksinasi, pemerintah Taiwan menggalak "model Taiwan baru", iaitu belajar hidup dengan virus dan mengelak daripada menutup ekonomi. Langkah tersebut berbanding dengan Shanghai yang kini dalam minggu ketiga perintah berkurung.

Menjawab soalan wartawan, Encik Su berkata pemerintah yakin dengan langkah yang diambil dan "bernasib baik" kerana lebih 99 peratus jangkitan adalah individu dengan gejala ringan atau tanpa gejala.

Pemerintah menyasarkan bahawa kes harian akan mencecah 10,000 menjelang hujung bulan ini dan memberi amaran bahawa kemuncak jangkitan mungkin akan berlaku beberapa minggu lebih awal.

Encik Su berkata lebih banyak vaksin dan ujian pantas antigen akan disediakan untuk membantu menangani kenaikan kes jangkitan dan "persediaan untuk langkah seterusnya dalam pembukaan semula".

Tempoh pengasingan juga akan dikurangkan untuk mereka yang dijangkiti COVID-19 atau kontak rapat.

Pemerintah sudah mengurangkan tempoh pengasingan daripada dua minggu ke sepuluh hari untuk semua pelawat yang tiba di Taiwan.

Taiwan kini sedang dalam pertimbangan untuk membuka semula sempadan secara beransur-ansur.

Kira-kira 80 peratus daripada 23 juta penduduk Taiwan sudah menerima suntikan lengkap vaksin dan hampir 60 peratus sudah menerima suntikan penggalak pertama. Memakai pelitup masih diwajibkan di Taiwan.

Taiwan melaporkan 47,100 jangkitan COVID-19 sejak mulanya pandemik dua tahun lalu dan mencatat 856 kematian setakat ini.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan