Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taiwan simpan bekalan tenaga & makanan, persiapan sekiranya tercetus konflik dengan China

Anggaran Waktu Membaca:
Taiwan simpan bekalan tenaga & makanan, persiapan sekiranya tercetus konflik dengan China

Orang ramai membeli buah-buahan di kedai buah di Taipei, Taiwan, pada 20 September 2021. (Gambar: AP)

TAIPEI: Taiwan mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyimpan bekalan penting setiap bulan, termasuk makanan dan tenaga sebagai persiapan sekiranya berlaku konflik dengan China.

Demikian menurut Pegawai Pemerintah pada Rabu (5 Okt), lapor Reuters. 

China yang menuntut Taiwan yang diperintah secara demokrasi sebagai wilayah negaranya, sudah mencetuskan konflik di pulau itu pada Ogos berikutan lawatan Speaker Dewan Rakyat Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi ke Taipei.

Ini termasuk melepaskan peluru berpandu dan mengambil langkah-langkah untuk memulakan sekatan terhadap pulau itu.
Timbalan Menteri Ekonomi Taiwan, Chen Chern-chyi, berkata kepada para wartawan bahawa langkah itu sudah dikanunkan sebagai undang-undang supaya bekalan tenaga dapat dikekalkan oleh syarikat milik pemerintah, CPC Corp.

"Berkenaan dengan kemungkinan berlakunya konflik ketenteraan, kami sudah bersiap sedia dengan bekalan makanan, tenaga dan keperluan penting termasuk bekalan pengilangan. Kami mempunyai sistem dan melakukan inventori setiap bulan," kata Encik Chen.

"Kami ingin memastikan Taiwan mempunyai simpanan mencukupi termasuk makanan, bekalan penting, mineral, bahan kimia dan tentunya tenaga."

Taiwan juga sedang meningkatkan penghasilan gas asli cecair (LNG), arang batu, nuklear dan tenaga boleh diperbaharui.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan