Taiwan siap sedia latihan tentera udara jelang lawatan Presiden Lai Ching-te ke Pasifik
Anggaran Waktu Membaca:
TAIPEI: Tentera Taiwan mengadakan latihan pertahanan udara awal pagi Khamis (28 Nov) untuk menguji tindak balas dan prosedur perangnya menjelang lawatan Presiden Lai Ching-te ke Pasifik yang turut termasuk persinggahan di Amerika Syarikat pada hujung minggu ini.
China berkemungkinan akan mengadakan latihan tentera dalam masa beberapa hari akan datang berhampiran Taiwan, menggunakan perjalanan Lai ke Pasifik dan persinggahan di Amerika Syarikat sebagai alasan untuk berbuat demikian, menurut penilaian tentera Taiwan dan para pegawai keselamatan serantau.
China menuntut Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menuduh Lai sebagai seorang "pemisah". Lai berkata hanya rakyat Taiwan boleh menentukan masa depan mereka sendiri dan sudah berulang kali menawarkan rundingan dengan China yang ditolak oleh Beijing.
Tentera udara Taiwan menyatakan dalam satu kenyataan yang tidak menyebut tentang perjalanan Lai ke luar negara bahawa sepanjang tempoh dua jam bermula dari pukul 5.00 pagi, pesawat, kapal dan sistem peluru berpandu akan dilibatkan dalam "latihan rancangan pertempuran pertahanan udara secara keseluruhannya".
Latihan itu adalah untuk "menguatkan keberkesanan seluruh operasi pertahanan udara dan bagi menguji tindak balas dan prosedur pasukan pertahanan udara", tambahnya.
“Dalam menghadapi perubahan pada situasi musuh, kami akan terus meningkatkan daya tahan pertahanan melalui pelbagai latihan praktikal untuk menjangka sebarang ancaman dan cabaran serta memastikan keselamatan pertahanan udara kami,” menurut tentera Taiwan.
Kementerian Pertahanan Taiwan memberitahu Reuters secara berasingan bahawa ia adalah latihan biasa yang dijalankan setiap suku tahun.
Wartawan Reuters di pinggir bandar Taipei melaporkan beliau melihat dan mendengar jet pejuang sebelum subuh.
China telah menjalankan dua pusingan latihan simulasi perang di sekitar Taiwan setakat tahun ini, dan setiap hari menerbangkan pesawat dan mengerahkan kapal ke perairan sekitar Taiwan.
Taiwan juga telah mengadu tentang belon perisik China berhampiran pulau itu dalam apa yang disifatkan sebagai satu bentuk gangguan oleh Beijing.
Pada Khamis, kementerian tersebut menyatakan bahawa ia telah mengesan dua belon perisik China di laut utara Taiwan, pada jarak 111km dan 163km dari bandar pelabuhan Keelung.
Lai akan berangkat pada Sabtu (29 Nov). Pengumuman rasmi mengenai persinggahannya di Amerika akan dibuat sejurus selepas Jumaat, menurut sumber.
Pejabat Presiden Taiwan menyatakan bahawa jika China menggunakan lawatan Lai sebagai alasan untuk mengadakan latihan tentera, "ia akan disifatkan sebagai provokasi terang-terangan terhadap keamanan dan kestabilan di rantau itu".
Pada hari yang sama, pemerintah China berkata persinggahan sedemikian "pada asasnya adalah tindakan provokatif yang melanggar prinsip Satu China".

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.