Taiwan sasar jadi destinasi pelancongan mesra Muslim
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: Bernama
KUALA LUMPUR: Pemerintah Taiwan merancang untuk menjadikan pulau itu sebagai destinasi mesra Muslim, kata Pengarah Bahagian Ekonomi, Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, James Chang.
Beliau berkata berdasarkan laporan Indeks Pelancongan Muslim Global 2023, Taiwan menduduki tangga ketiga dalam kalangan destinasi bukan Muktamar Islam (OIC), di belakang Singapura dan Britain.
Taipei, ibu kota Ta iwan, juga diiktiraf sebagai 'Destinasi Bandar Mesra Muslim Paling Sesuai Tahun Ini', katanya.
"Saya berpandangan ini kerana Taiwan menghormati semua agama dan kaum. Kami menikmati suasana demokrasi di Taiwan.
"Kami juga mengalu-alukan semua tetamu asing ke Taiwan untuk menikmati persekitaran dan suasana ini di Taiwan," katanya ketika berucap pada Taiwan Mice (Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran) Talk pada Isnin (25 Sep).
Sementara itu, Presiden Kebangsaan, Persatuan Pelancongan Cina Malaysia, Paul Paw berkata Taiwan melaksanakan usaha yang bersungguh-sungguh untuk menambah baik persekitaran pelancongan mesra Muslim, yang ditunjukkan menerusi peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang berkunjung ke sana setiap tahun.
"Setakat yang saya faham, Taiwan menyasar untuk mencapai enam juta pelancong menjelang akhir 2023. Saya percaya matlamat ini boleh dicapai," katanya.
Pengarah Konvensyen dan Pameran, Malaysia Convention Exhibition Bureau (MyCEB), Noor Azlan Abu Bakar, yang pernah ditempatkan di Taiwan untuk mempromosikan pelancongan Malaysia, berkata usaha untuk menambah baik persekitaran mesra Muslim di pulau itu secara berterusan adalah ketara.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.