Taiwan sambut ketibaan pelawat selepas tamatkan syarat kuarantin COVID-19
Anggaran Waktu Membaca:

Ketibaan kumpulan pertama pelawat tiba ke Taiwan sejurus selepas tengah malam Khamis, 13 Okt 2022. (Gambar: Daniel CENG / AFP)
TAOYUAN: Taiwan mula menyambut kembali kedatangan para pelawat pada Khamis (13 Okt) selepas menamatkan syarat kuarantin wajib bagi membendung penularan COVID-19.
Ketibaan kumpulan pertama pelawat tiba ke Taiwan sejurus selepas tengah malam Khamis.

Taiwan sebelum ini telahpun mengekalkan syarat-syarat kemasukan dan kuarantinnya sekalipun kebanyakan negara Asia lain sama ada sudahpun melonggarkan atau memansuhkan sama sekali syarat-syarat sedemikian.
Bagaimanapun, pada Jun, Taiwan menyingkatkan tempoh pengasingan yang perlu dijalani pelawat sebaik tiba di wilayah khas tersebut kepada tiga hari berbanding tujuh hari sebelumnya.
Meskipun Taiwan melaporkan hampir tujuh juta kes jangkitan tempatan COVID-19 sejak awal tahun ini, pemerintah tetap bertegas untuk meneruskan dengan rancangan bagi membuka semula wilayah khas itu. Pemerintah menjelaskan kehidupan perlu kembali seperti sedia kala, terutama sekali memandangkan kadar vaksinasi dalam kalangan penduduk kini tinggi.
Pemerintah mengalu-alukan ketibaan kumpulan pertama pelawat yang menaiki penerbangan dari Bangkok ke lapangan terbang antarabangsa utama Taiwan di Taoyuan, di luar Taipei.
Sungguhpun dengan pembukaan semula Taiwan, beberapa peraturan yang masih dikekalkan, termasuk mengkehendaki orang ramai supaya memantau kesihatan mereka selama tujuh hari selepas ketibaan serta menjalankan ujian pantas kendiri.
Dua syarikat penerbangan utama Taiwan, China Airlines Ltd dan Eva Airways, sudahpun meningkatkan jumlah penerbangan dengan menyediakan semula kapasiti penerbangan bagi laluan perjalanan yang sebelum ini dikurangkan dek pandemik. Malah, syarikat-syarikat penerbangan tersebut juga dalam perancangan untuk menawarkan khidmat penerbangan ke bandar-bandar seperti Da Nang di Vietnam.
Warganegara Taiwan dan penduduk asing dibenarkan untuk meninggalkan dan memasuki wilayah khas itu sewaktu pandemik, namun mereka perlu menjalani kuarantin sama ada di rumah ataupun hotel selama sehingga dua minggu.

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.