Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taiwan rampas strawberi import dari Jepun setelah sisa racun perosak dikesan

Lima penghantaran strawberi segar dari Jepun dirampas di sempadan Taiwan baru-baru ini selepas didapati mengandungi sisa racun perosak terlarang, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubatan Taiwan (FDA) pada Selasa (11 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
TAIPEI: Lima penghantaran strawberi segar dari Jepun dirampas di sempadan Taiwan baru-baru ini selepas didapati mengandungi sisa racun perosak terlarang, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubatan Taiwan (FDA) pada Selasa (11 Apr).

Sebanyak 964.66 kilogram strawberi yang dibekalkan oleh firma Jepun, Toyomarusyouzi Co, dirampas selepas ujian sampel pada 9 Mac mengesan kehadiran cyantraniliprole, lapor agensi berita Taiwan CNA.

Taiwan hanya membenarkan kehadiran cyantraniliprole dengan kuantiti yang dibenarkan pada tembikai, sayur-sayuran, daun teh, epal dan pear tetapi bukan strawberi, menurut FDA.

Strawberi yang diimport oleh Yong Chuan Fruit Co, yang berpangkalan di Taipei, sama ada akan dikembalikan ke negara asal atau dimusnahkan.

Ketua Pusat Pentadbiran Serantau Utara FDA, Chen Ching-yu, berkata pemeriksaan terhadap strawberi yang diimport dari Jepun akan berterusan sehingga Mei kerana sisa racun perosak sudah berulang kali dikesan dalam buah terbabit. 

FDA juga menerbitkan senarai 12 barangan import lain yang gagal dalam pemeriksaan keselamatan baru-baru ini, termasuk cendawan lion’s mane dari China, serbuk cayenne dari Thailand, anggur segar dari Korea Selatan dan ubi keledek kering dari Vietnam.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan