Taiwan, perang Ukraine & Korea Utara 'agenda utama' rundingan Presiden Biden dan Xi Jinping
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Presiden China, Xi Jinping semasa satu mesyuarat yang diadakan secara online pada 16 November 2021. (Gambar: Jade Gao / AFP)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden akan mengadakan rundingan empat mata dengan Presiden China Xi Jinping buat julung-julung kalinya pada Isnin (14 Nov) sejak Encik Biden menyandang jawatan presiden negara itu.
Antara isu yang akan menjadi keutamaan Encik Biden dalam pertemuaan tersebut adalah keprihatinan AS berhubung Taiwan, pencerobohan Rusia di Ukraine dan program nuklear Korea Utara.
Mesyuarat yang sudah lama dinanti-nantikan itu diadakan sedang hubungan antara kedua-dua kuasa besar itu merosot ke paras terendah sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Kedua-dua pemimpin dijangka akan bertemu di Bali, Indonesia menjelang Sidang Puncak G20. Sidang Puncak G20 akan menghimpunkan para pemimpin negara-negara maju dan ekonomi-ekonomi baru.
Encik Biden akan menghadiri mesyuarat tersebut sejurus selepas parti pimpinannya Democrat meraih kemenangan besar untuk terus menguasai Dewan Senat.

BACA:
Manakala, Presiden Xi mendapat mandat pada bulan lalu untuk terus mentadbir China bagi penggal ketiga.
Presiden Amerika Syarikat itu turut menaruh harapan agar beliau dapat membina "asas yang kukuh" dengan China, di samping memastikan terdapat batasan yang akan memastikan persaingan antara kedua-dua kuasa besar itu kekal terkawal.
Malah, Encik Biden baru-baru ini bertegas bahawa beliau enggan membuat sebarang kompromi apabila bertemu dengan Encik Xi.
Sebaliknya, beliau menyuarakan hasrat agar kedua-dua pemimpin dapat menetapkan "garis merah" masing-masing dan menghuraikan bidang-bidang yang menimbulkan konflik antara kedua-dua pihak.
Menurut Rumat Putih, mesyuarat tersebut tidak mungkin akan membuahkan hasil yang konkrit. Bahkan, tiada kenyataan bersama dijangka akan dikeluarkan menyusuli menyuarat tersebut.
Sungguhpun demikian, mesyuarat itu mungkin akan dapat membantu untuk menstabilkan hubungan antara kedua-dua negara, yang semakin tegang sejak beberapa tahun kebelakangan ini, disebabkan oleh isu-isu seperti Hong Kong dan Taiwan, Laut China Selatan, amalan perdagangan paksaan dan sekatan AS terhadap teknologi China.

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.