Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS, Taiwan mungkin meterai perjanjian perdagangan dalam masa terdekat, kata Pelosi

Anggaran Waktu Membaca:

MOSCOW: Amerika Syarikat (AS) mungkin memeterai perjanjian perdagangan dengan Taiwan dalam masa terdekat.

Demikian menurut Speaker Rumah Putih Nancy Pelosi pada Rabu (3 Ogos). 

"Kami berbincang mengenai perjanjian perdagangan yang mungkin berlangsung dalam  masa terdekat," kata Cik Pelosi semasa sidang media bersama Presiden Taiwan Tsai Ing-wen, lapor Sputnik. 

Apabila ditanya tentang manfaat ketara ekonomi, yang akan dijanjikan kepada Taiwan untuk menangani kesan lawatan beliau yang terpaksa ditanggung pulau tersebut disebabkan hubungannya dengan China, Cik Pelosi berkata AS baru sahaja meluluskan Akta Cip dan Sains yang akan menggariskan pertukaran ekonomi lebih baik dari segi pengilangan semikonduktor. 

Cik Pelosi yang tiba di Taiwan pada Selasa (2 Ogos) sebagai sebahagian lawatannya di rantau Indo Pasifik, menepis amaran daripada pentadbiran Encik Biden mengenai risiko lawatan berprofil tinggi itu dan mencetus respons tegas daripada pemerintah China. 

Beijing yang menuntut kedaulatan ke atas pulau itu, mengecam hebat lawatan Cik Pelosi. Selepas ketibaan pegawai AS itu di Taipei, China melancarkan beberapa latihan ketenteraan berdekatan Taiwan dan mengarahkan sekatan terhadap navigasi di beberapa bahagian Laut China Selatan. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan