Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taiwan mungkin mansuhkan syarat kuarantin, buka sepenuhnya sempadan mulai Okt

Anggaran Waktu Membaca:
Taiwan mungkin mansuhkan syarat kuarantin, buka sepenuhnya sempadan mulai Okt

(Gambar fail: AFP/Sam Yeh)

Diterbitkan : 22 Sep 2022 05:36PM Dikemas Kini : 22 Sep 2022 05:36PM
TAIPEI: Taiwan mungkin menamatkan syarat kuarantin COVID-19 bagi para pelawat dan membuka sepenuhnya sempadan negara mulai Oktober depan, lapor Reuters pada Khamis (22 Sep).

Para pelawat dari luar Taiwan juga akan dibenarkan masuk ke wilayah khas itu bermula minggu depan.

Jumlah kedatangan ke Taiwan juga akan dinaikkan kepada 60,000 orang mulai minggu depan berbanding 50,000 orang sekarang. Warga asing juga boleh memasuki Taiwan tanpa visa.

Selain memansuhkan syarat kuarantin, jumlah kedatangan ke Taiwan juga akan dinaikkan kepada 150,000 orang pada pertengahan Oktober.


Taiwan melaporkan enam juta kes COVID-19 dalam negeri sejak awal tahun ini, didorong oleh varian Omicron yang lebih mudah berjangkit.

Dengan lebih 99 peratus daripada pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala atau mengalami simptom ringan, pemerintah melonggarkan sekatan di bawah "model baru Taiwan".
Sumber : Reuters/AZ/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa