Taiwan longgarkan protokol COVID-19 bagi cergaskan sektor pelancongan

(Gambar: Sam Yeh/AFP)
TAIPEI: Taiwan melonggarkan lagi protokol kawalan COVID-19 untuk perjalanan antarabangsa dalam usaha untuk merancakkan sektor pelancongan, umum Biro Maritim dan Pelabuhan pada Sabtu.
Di bawah peraturan baru yang berkuat kuasa serta-merta itu, Taiwan tidak lagi mewajibkan penumpang untuk mengemukakan keputusan negatif ujian saringan COVID-19 yang diambil pada hari ketibaan di Taiwan atau hari sebelumnya, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).
Sebaliknya, para penumpang hanya perlu melakukan ujian saringan COVID-19 jika mereka menunjukkan simptom dan menjalani kuarantin di atas kapal jika keputusannya positif, menurut biro itu.
Bagi penumpang yang menjalani program pencegahan kendiri iaitu mereka yang memasuki Taiwan dalam tempoh tujuh hari sebelum menaiki kapal pesiaran, masih perlu mengemukakan keputusan negatif ujian COVID-19 dalam tempoh 48 jam semasa menaiki kapal.
Tetapi mereka tidak perlu menjalani ujian saringan di atas kapal setiap dua hari seperti sebelum ini dan hanya perlu melakukan ujian saringan jika mempunyai simptom.
Anak kapal yang menjalani kuarantin kendiri turut dibenarkan bekerja di atas kapal persiaran jika mereka boleh menunjukkan keputusan negatif.
Larangan itu diperkenalkan pada 6 Feb 2020 selepas seorang wanita Taiwan yang menaiki kapal pesiaran Diamond Princess disahkan sebagai seorang daripada 10 penumpang yang dijangkiti COVID-19.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.