Taiwan larang pekerja awam guna DeepSeek atas kebimbangan keselamatan
Anggaran Waktu Membaca:

Aplikasi Deepseek. (Gambar: Lionel BONAVENTURE / AFP)
TAIPEI: Taiwan melarang para pekerja dalam sektor awam dan di kemudahan prasarana utama daripada menggunakan DeepSeek.
Menurut Taiwan, DeepSeek merupakan produk China dan mungkin mengancam keselamatan wilayah itu.
Negara-negara termasuk Korea Selatan, Ireland, Perancis, Australia dan Itali telah menimbulkan persoalan tentang amalan data syarikat pemula kecerdasan buatan (AI) dari China itu.
DeepSeek bahkan mencetuskan kekecohan di Wall Street minggu ini dengan chatbot baharunya, yang dianggap dapat menyaingi syarikat Amerika Syarikat dari segi keupayaan tetapi pada kos yang jauh lebih rendah.
Ini sekalipun rejim Amerika yang ketat melarang firma China daripada mengakses jenis cip canggih yang diperlukan untuk menggerakkan model pembelajaran besar-besaran yang digunakan untuk membangunkan kecerdasan buatan (AI).
Sekatan yang dikenakan Taiwan itu diumumkan sedang badan pemerhati data di Korea Selatan dan Ireland menyatakan mereka akan meminta DeepSeek menjelaskan cara ia menguruskan maklumat peribadi pengguna.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.