Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taiwan lapor lebih 50,000 kes baru COVID-19 buat pertama kali

Anggaran Waktu Membaca:

TAIPEI: Kes harian COVID-19 di Taiwan pada Selasa (10 Mei) melebihi angka 50,000 buat pertama kali. 

Sebanyak 50,828 kes baru COVID-19 dan 12 kematian dicatatkan, menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Epidemik (CECC).

Kes baru itu terdiri daripada 50,780 jangkitan tempatan dan 48 kes import, lapor Agensi Berita Pusat (CNA). 

Sementara itu, menurut CECC kes kematian melibatkan lapan lelaki dan empat wanita berusia 20-an hingga 90-an.

Sehingga kini, Taiwan mencatatkan 448,323 kes COVID-19, manakala kes kematian adalah sebanyak 943 sejak pandemik bermula pada awal tahun 2020.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan