Taiwan lapor kegiatan tentera China selepas Blinken gulung lawatan ke Beijing
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AP
TAIPEI: Taiwan mendakwa ia telah mengesan 22 pesawat gempur dan dron China di sekitar wilayah itu dalam tempoh kurang tiga jam.
Ia melaporkan kegiatan ketenteraan China yang baharu berdekatan dengan pulau tersebut pada Sabtu (27 Apr), sehari selepas Setiausaha Negara Amerika Antony Blinken menggulung lawatannya ke China.
Menurut Kementerian Pertahanan Taiwan, 12 pesawat melintasi garisan pemisah dan memasuki bahagian utara dan tengah zon yang memerlukan sesebuah pesawat melaporkan diri dan kedudukannya.
Pesawat-pesawat itu kemudian menyertai pasukan tentera laut China bagi rondaan tempur bersama.
China menganggap Taiwan sebagai wilayahnya yang kelak akan disatukan semula dengan tanah besar.
Perkembangan itu dilaporkan sedang Amerika Syarikat dan Filipina menjalankan latihan ketenteraan bersama, berhampiran perairan Laut China Selatan dan Selat Taiwan yang dipertikaikan.
Amerika merupakan penyokong dan pembekal senjata yang paling penting bagi Taiwan, meskipun kedua-duanya tidak mempunyai hubungan diplomatik secara rasmi. Ketika berada di China, Encik Blinken menekankan terdapat "kepentingan kritikal" dalam usaha menjaga keamanan dan kestabilan di selat tersebut.

Sumber : AGENCIES/KH/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.